Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Pudina Azhar Hassan berkata, sikap lepas tangan pemaju benar-benar membuatkan penduduk terkilan.

Menurut­nya, hasil ker­ja pemaju perumahan itu dilihat sekadar melepaskan batok di tangga.

“Hampir 90 peratus unit rumah yang diserahkan kepada pembeli mempunyai kerosakan termasuk ketiadaan pintu.

“Masalah itu juga menyebabkan ada segelintir penduduk terpaksa menangguhkan proses pemindahan ke rumah baharu mereka sehingga siap dibaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai sesi perjum-paan bersama penduduk PPA1M Pudina di sini.

Tambah Azhar, projek yang dimulakan 2014 itu sepatutnya siap tahun depan namun, kunci diserahkan lebih awal kepada pembeli selepas mendapat kelulusan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Sepatutnya tempoh ditetapkan itu digunakan sebaiknya oleh pemaju untuk memastikan kediaman berada dalam kea-daan sempurna sebelum dise-rahkan kepada pemilik.

“Aduan telah banyak kali dikemukakan kepada pemaju termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang penyelesaian.

“Diharapkan pemaju tidak lepas tangan dalam hal ini kerana ia melibatkan soal keselamatan,” katanya.

Sementara itu Utusan Malaysia difahamkan KPKT tidak akan campur tangan berhubung masalah tersebut ekoran penduduk telah melantik peguam.