Presiden Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Eksekutif (Perjiwa) Malaysia, Zailani Isausuludin berkata, penubuhan itu penting untuk mencari kata sepakat selain menyatukan persatuan-persatuan teksi yang dilihat berpecah-belah.

“Mana-mana pekerja di Malaysia mempunyai kesatuan tetapi kita (warga teksi) belum ada kesatuan.

“Kesatuan amat diperlukan mereka untuk menjadi seorang wakil di Parlimen supaya ia dapat memudahkan kerajaan berurusan dengan warga teksi Malaysia.

“Selain itu, kita tolak pemberian permit kepada syarikat Uber dan GrabCar kerana jika diberikan permit kepada mereka, pemandu teksi kekal akan menjadi hamba sepanjang hayatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Kongres Himpunan Warga Teksi Malaysia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang dihadiri kira-kira 500 warga teksi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.