Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, pemandu lori tangki tersebut tercampak keluar daripada kenderaan yang dipandunya berdekatan kawasan Sungai Buaya-Rawang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa Muhammad Shahid Abdullah, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler di hadapannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kami menerima panggilan pada pukul 1.32 pagi dari Pusat Gerakan Operasi Selangor selepas seorang pengadu membuat panggilan kecemasan melaporkan mengenai kejadian.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah jurucakap itu, operasi menyelamat selesai pada pukul 2.03 pagi dan mayat mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE