Kekerapan kenderaan yang melalui jalan ini setiap hari adalah tinggi dan digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan termasuk lori yang membawa muatan mencecah 24 tan.

Kegagalan pihak bertanggu­ngjawab memantau dan me­ng­ambil tindakan terhadap pemandu menyebabkan kualiti jalan di situ semakin terjejas .

Hasil pemeriksaan status daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MBHTJ), jalan tersebut masih di bawah tanggungjawab pihak pemaju projek berhampiran dan bukan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Disebabkan itu, pihaknya ti­dak bertanggungjawab untuk me­lakukan kerja-kerja penye­lenggaraan termasuk menampal jalan berlubang.

Sikap tidak ambil peduli pemaju projek berhampiran me­nyebabkan keadaan Jalan Kilang itu semakin tenat boleh mengundang risiko kepada pe­ngguna.

Ini terutamanya kepada penunggang motosikal.

Sehubungan itu, pihak ber­kuasa diharap dapat memantau atau mengarahkan pemaju mengambil tanggungjawab membaiki kerosakan jalan ter­­sebut bagi mengelak se­barang perkara tidak diingini berlaku.

Sekiranya jalan tersebut tidak sesuai untuk digunakan kenderaan, maka ia perlu ditutup dan laluan baharu yang lebih baik perlu dibuka bagi keselesaan dan keselamatan pengguna.