Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penganjurannya bersama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu diharap dapat melonjak minat warga kota ke arah cara baharu konsep penjaja di bandar raya.

Katanya, peniaga yang terlibat juga wajib menyediakan satu menu rakyat dalam pelbagai variasi makanan dan dijual pada harga RM5. Penyelarasan harga itu bagi menangkis tanggapan orang ramai berkenaan harga mahal dijual usahawan bergerak tersebut.

“Setakat kini lebih 220 lesen penjaja food truck telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kita menyasarkan kira-kira 1,000 lesen akan dikeluarkan menjelang akhir tahun ini,” katanya yang turut melancarkan aplikasi bayaran pintar, VCashy di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE