Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, program tersebut akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan.

Beliau berkata, untuk tahun ini sebanyak dua aktiviti lagi akan diadakan iaitu pameran pelancongan Islam dan kaunter sumbangan untuk program amal ‘feed the homeless’.

“Secara keseluruhan sebanyak 16 aktiviti akan diadakan berbanding 14 aktiviti pada tahun lalu, antaranya penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, pameran pelancongan Islam, tadarus al-Quran, tazkirah, kapsul Ramadan dan sukarelawan.

“Selain itu, terdapat juga program klinik tahsin al-Quran, jualan food truck, kaunter zakat, majlis berbuka puasa, solat berjemaah, bual bicara, konsert dan moreh,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mas Ermieyati, pada 4 Jun ini JKKN juga akan menganjurkan Solat Terawih Perdana di Dataran Merdeka dengan diketuai imam dari Mekah, Syed Mohd. Idris Al-Masyrafi. - UTUSAN ONLINE