Kumpulan yang dianggotai Nur Atika Nadia Zulkifli sebagai pereka fesyen dan Amirah Nadia Zulkifli sebagai model turut merangkul trofi, mahkota, selempang dan sijil penyertaan.

Naib juara dimenangi kumpulan Papillio Paradise yang membawa pulang wang tunai RM1,000, manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Gold (RM800).

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim.

Terdahulu, seramai 25 pereka fesyen menyertai pertandingan­ bertemakan Animal Kingdom Couture itu yang menampilkan rekaan pakaian menggunakan bahan terpakai dan kitar seperti surat khabar, kotak, penutup botol plastik, tin aluminium dan beg plastik.

Pertandingan tahun ini merupakan kali keempat dianjurkan dan kali ini Alam Flora bekerjasama dengan Petrosains bertempat di Esplanade, Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini. - UTUSAN ONLINE