Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kawalan keselamatan digerakkan seluruh negara itu bertujuan bagi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mengganggu gugat perayaan tersebut.

“PDRM menyeru kepada semua pengunjung agar memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan sambutan perayaan itu berjalan dengan lancar tanpa dicemari sebarang pelanggaran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini

Mohamad Fuzi juga menyeru kepada masyarakat agar segera melaporkan kepada pihak polis jika terdapat sebarang maklumat sebarang insiden yang boleh menjejaskan keselamatan pengunjung semasa perayaan tersebut. - UTUSAN ONLINE