Difahamkan, pemasangan payung itu merupakan sebahagian kerja-kerja menaik taraf bangunan warisan menerusi Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) yang bertujuan mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Payung itu seakan-akan payung gergasi hidraulik yang terdapat di Masjid Nabawi, Madinah sekali gus menjadi daya tarikan dan keselesaan kepada para jemaah.

Masjid berkenaan merupakan antara rumah ibadat umat Islam yang tertua dan salah satu mercu tanda di ibu negara.

Dibuka pada 23 Disember 1909, masjid yang terletak di lokasi pertemuan aliran Sungai Klang dan Sungai Gombak itu menjadi pilihan warga kota dan pelancong menunaikan ibadat serta melihat secara dekat keindahan seni bina warisan itu. - UTUSAN ONLINE