Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Parlimen Bandar Tun Razak sempurna ibadah korban

PETUGAS ibadah korban dan orang ramai melihat aksi seekor lembu 7
PETUGAS ibadah korban dan orang ramai melihat aksi seekor lembu yang hendak dikorbankan tiba-tiba melompat untuk melepaskan diri. - UTUSAN ONLINE/WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Lebih 500 umat Islam di Parlimen Bandar Tun Razak di sini berganding bahu melaksanakan program ibadah korban sebagaimana tuntutan agama untuk melakukan ibadah tersebut.

Program anjuran UMNO Bahagian parlimen itu dilaksanakan di kawasan lapang Pangsapuri Raya Permai, Sungai Besi kira-kira pukul 8.30 pagi berjalan dengan sempurna.

Menurut Ketua Bahagiannya, Datuk Rizalman Mokhtar, sebanyak 26 ekor lembu disumbangkan di kawasan parlimen itu bagi pelaksanaan ibadah korban.

“Pada tahun ini kami bersama-sama penduduk mengadakan ibadah korban secara serentak bergotong-royong. Sebanyak 25 kumpulan Pusat Daerah Mengundi (PDM) melaksanakan tugas menyembelih dan mengagihkan daging korban di kawasan PDM masing-masing.

“Secara lazimnya setiap tahun, pihak UMNO Bahagian turut menyerahkan sumbangan lembu kepada masjid dan surau terpilih,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam program Korban Perdana Parlimen Bandar Tun Razak semalam.

Rizalman turut melahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada petugas terlibat yang menjayakan program tersebut.

“Inilah semangat yang perlu kita teruskan sampai bila-bila dan tanpa mereka program ini sukar dijayakan,” katanya.

Dalam pada itu, suasana di kawasan itu bertukar kecoh seketika apabila seekor lembu yang ditambat ‘terlepas’ menyebabkan orang ramai terkejut dan panik.

Bagaimanapun, lembu yang turut ‘panik’ itu berjaya ditangkap semula beberapa minit kemudian selepas berjaya ‘dipujuk’ petugas ibadah korban. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain