Tengku Adnan berkata, pembinaan tempat letak kereta empat tingkat itu bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat dan pengunjung yang berurusan di bangunan berhampiran.

“Pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk dewan serbaguna, 28 unit gerai serta tiga buah gelanggang badminton.

“Kemudahan yang dibina dengan kos perbelanjaan sebanyak RM34.89 juta itu mempunyai 426 petak parkir termasuk 10 petak khas untuk orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian kemudahan berkenaan di sini.

Yang turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz. - UTUSAN ONLINE