Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, oleh itu setiap projek yang dibangunkan, pihak-nya akan memastikan ia turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk manfaat masyarakat setempat.

Menurutnya, ini termasuk pembinaan dewan serbaguna, gelanggang futsal dan sebagai-nya.

“Sebagai contoh sekiranya kawasan berkenaan tidak mempu­nyai tempat untuk masyarat meng­adakan majlis keramaian maka dewan serbaguna akan dibina.

“Projek menggabungkan ke-dua-dua keperluan itu bertujuan memberi kemudahan serta ke­selesaan kepada penduduk setempat dan pengunjung yang berurusan di bangunan berhampiran,” katanya ketika berucap merasmikan tempat letak kereta bertingkat di Taman Segar, Cheras di sini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adnan Md Ikshan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Tambah Tengku Adnan, parkir bertingkat itu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dewan serbaguna, 28 unit gerai serta tiga buah gelanggang badminton.

“Bangunan empat tingkat yang dibina dengan kos perbelanjaan sebanyak RM34.89 juta itu mempunyai 426 petak parkir termasuk 10 petak khas untuk orang kurang upaya.

“Pembinaan struktur bangunan ini juga menggunakan 71 peratus kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS) bagi meningkatkan kualiti pembinaan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya.