Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad berkata, setakat ini masalah tersebut menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah.

Jelasnya, kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, termasuk Seksyen 16 hingga 20, Seksyen 13 hingga 25 di Shah Alam, Kampung Jawa, Padang Jawa, Taman Alam Shah, Kampung Teluk Menegun, Sungai Rasah, Bukit Kuda dan Jalan Mohd. Sidin di Klang.

“Pemantauan dan usaha menyelesaikan masalah ini sedang diambil bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan kepada pelanggan. Orang ramai juga diharap dapat menggunakan bekalan air yang ada sebaik-baiknya tanpa membazir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE