Difahamkan, papan tanda berdekatan sebuah pasar raya di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) itu tidak diganti sejak beberapa bulan lalu.

Tidak dapat dipastikan sama ada kerosakan yang berlaku disebabkan perbuatan vandalisme atau sebaliknya namun tindakan segera perlu diambil sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Selain membahayakan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan, perkara itu memberikan tanggapan negatif kepada orang luar terhadap pihak berkuasa berkaitan ekoran tidak menjalankan kerja-kerja senggaraan dan baik pulih. - UTUSAN ONLINE