Walaupun isu tersebut berlarutan sejak sekian lama, namun aktiviti tidak bertanggungjawab itu masih aktif.

Sebagai contoh, sebuah papan tanda jalan raya menjadi ‘sasaran’ pelekat yang memaparkan nombor telefon ah long, peniaga peranti seks atau pengedar ubat kuat di ibu negara.

Meskipun operasi pembersihan iklan-iklan tersebut dilaksanakan secara berkala oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), namun sisa pelekatnya masih kekal.

Yang pasti, hari ini iklan haram ‘dibersihkan’ PBT, esok iklan baharu pula terpampang di tempat sama.

Alangkah bagus semua masyarakat dapat bekerjasama dan mengambil inisiatif membersihkan iklan-iklan itu tanpa menunggu PBT. Ini sedikit sebanyak dapat memperlihatkan suasana persekitaran yang bersih. - UTUSAN ONLINE