Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kawasan yang berkeluasan 12 hektar itu akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

“Orang ramai berpeluang melakukan aktiviti riadah memandangkan pelbagai kemudahan disediakan antaranya trek joging, padang bola sepak, dewan komuniti dan gelanggang badminton.

“Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab menyediakan kemudahan rekreasi demi kesejahteraan warga kota,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Paintball EPS-ASEAN CUP 2017 di sini hari ini - UTUSAN ONLINE