Unit Komunikasi Korporat, PKPMP memberitahu, sindiket terbabit menggunakan dua modus operandi iaitu membuat panggilan telefon dan menghantar emel palsu secara rambang.

Ujarnya, sindiket terbabit akan membuat panggilan telefon mendakwa bahawa mangsa tersebut mempunyai kes saman dan menuntutnya untuk segera hadir ke mahkamah pada hari bercuti atau hari minggu.

“Selain itu, sindiket tersebut turut dikesan akan menghantar emel kepada mangsa dengan mengatakan mereka merupakan waris yang sah bagi mewarisi harta yang bernilai jutaan ringgit.

“Sindiket kemudiannya akan meminta sejumlah wang dari mangsa yang terpedaya bagi menyelesaikan kes saman dan proses pewarisan harta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.-UTUSAN ONLINE