Wong Kuan Weng, 37, didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol sebanyak 333 miligram (mg)/100 mililiter (ml) iaitu 226mg lebih daripada had yang ditetapkan iaitu 107 mg/100 ml di Jalan Klang Lama di sini kira-kira pukul 3 pagi, 18 November tahun lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh namun Kuan Weng yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia perlu menanggung keluarga.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan di hadapan Majistret Farah Adlini Mohd. Din, pada hari kejadian ketika anggota polis sedang melakukan pemeriksaan sekatan jalan raya atas pelbagai kesalahan telah menahan tertuduh kerana dipercayai memandu sebuah kenderaan jenis Honda di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.