Malah, usaha itu telah lama dipraktikkan negara-negara maju lain yang beranggapan kemudahan tersebut perlu sebagai kempen menjaga alam sekitar.

Tetepi, apa yang terjadi di sini adalah sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak mencacatkan kemudahan yang disediakan.

Mereka seolah-olah mementingkan diri sendiri apabila bertindak menggunakan perkhidmatan itu, tetapi tidak pula mempunyai rasa tanggungjawab untuk memulangkan kembali selepas digunakan.

Adalah diharapkan kemudahan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan banyak pihak serta menggunakan dengan sebaik mungkin. - UTUSAN ONLINE