Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sepanjang 22 tahun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri mewakili BN, hampir setiap hari pemimpin pembangkang terutamanya DAP dan PKR mencaci dan menghina kepemimpinan beliau sehingga didakwa telah memusnahkan demokrasi dan menindas rakyat.

“Kini Pakatan Harapan seolah-olah lupa tuduhan, kebencian dan penghinaan mereka terhadap Dr. Mahathir sehingga sanggup menamakan beliau selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebuah parti baru sahaja, sebagai calon Perdana Menteri sementara demi memanipulasi emosi serta fikiran rakyat bagi memenangi PRU-14.

“Justeru, kepemimpinan Wanita BN mengingatkan rakyat khususnya generasi muda supaya bijak menterjemah permainan politik Pakatan Harapan yang rakus merangka strategi kemenangan PRU-14 demi kepentingan peribadi pemimpin-pemimpinnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - UTUSAN ONLINE.

HABIS ///