Program anjuran Jabatan Perdana Menteri itu diadakan bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada kesemua mangsa insiden serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.

Perhimpunan berkenaan akan dimulakan seawal pukul 7 pagi di hadapan pusat beli-belah Sogo dan akan mula berjalan ke Dataran Merdeka sekitar pukul 7.45 pagi.

Bacaan doa dan ucapan akan dilakukan sebaik sahaja semua peserta perhimpunan tiba di Dataran Merdeka.

Turut diadakan pelancaran Simbolik dan Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 pada program berkenaan. - UTUSAN ONLINE