Penolong Pengerusi Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Hulu Langat, Datuk Markiman Kobiran berkata, program itu akan diadakan bermula pukul 8.30 pagi dengan menyediakan aktiviti menarik selain pameran daripada beberapa agensi kerajaan.

“Sempena acara ini juga, progra, gunting rambut percuma kepada pelajar sekolah akan disediakan selain pemeriksaan kesihatan dan khidmat kaunter untuk mengemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Oleh itu, kita mengalu-alukan semua pihak terutama penduduk sekitar Hulu Langat untuk datang memeriahkan serta mengambil bahagian dalam acara yang diadakan disamping berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE