Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, kawasan yang terlibat ialah persimpangan Jalan Tun Perak hingga Jalan Dang Wangi, Jalan Esfahan, Jalan Bonus dan Lorong Gombak.

“Operasi ini bertujuan mencegah kawasan itu daripada najis gagak yang menyebabkan kacau ganggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati melalui kawasan berkenaan pada waktu operasi dilaksanakan. - UTUSAN ONLINE