Pengarah Jabatan Perancangan Korporatnya, Khairul Azmir Ahmad berkata, kawasan yang terlibat ialah Jalan Ara, Jalan Telawi, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya, Lucky Garden, Jalan Tempinis dan sekitarnya.

“Operasi yang dijalankan dari pukul 2 petang hingga 8 malam itu bertujuan mencegah kawasan itu daripada najis gagak yang menyebabkan kacau ganggu.

“Orang ramai diminta berhati-hati sewaktu melalui kawasan berkenaan pada waktu operasi dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE