RapidKL menerusi laman Twitter rasmi mereka memaklumkan, operasi tren tersebut antara Sri Raya dan Kajang terjejas selama 30 minit, selain pihaknya menyediakan tren perantara (shuttle train) bagi membantu para penumpang yang terjejas.

“Penumpang terbabit akan menaiki tren perantara dari Taman Suntex ke Bukit Dukung, manakala sebuah lagi tren perantara akan mengambil penumpang dari Bukit Dukung ke Kajang.

“Tren dari Sungai Buloh akan berpatah balik di Taman Suntex. Pada masa sama kami menasihatkan penumpang mencari pengangkutan alternatif lain untuk meneruskan perjalanan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, para penumpang yang tidak meneruskan perjalanan menaiki MRT diminta membuat tuntutan bayaran tiket di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan MRT. - UTUSAN ONLINE