Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nutriwealth mahu jalin kerjasama dengan Nafas

PENGURUS Bahagian Antarabangsa Nafas, Siti Aishatul Radziah Razali
PENGURUS Bahagian Antarabangsa Nafas, Siti Aishatul Radziah Razali (duduk, tengah) dan Jay Galang (duduk, lima dari kiri) bersama delegasi serta kakitangan Nafas ketika mengadakan lawatan kerja di ibu pejabat Nafas di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Syarikat pertanian dari Filipina, Nutriwealth Multi-Purpose Cooperative (Nutriwealth) berhasrat untuk menjalinkan kerjasama bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bagi meningkatkan penghasilan produk berasaskan pertanian.

Pengerusi Nutriwealth, Jay Galang berkata, kerjasama itu dilihat mampu meningkatkan industri pertanian selain mewujudkan usahasama antara kedua-dua pihak dalam penghasilan produk yang bermutu tinggi.

“Jalinan kerjasama adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu serta mengambil inspirasi daripada produk agrikultur sekali gus mempelajari teknologi yang diguna oleh Nafas.

“Diharap dengan kerjasama ini dapat berkongsi pengalaman antara kedua-dua pihak dalam memperkasakan sektor pertanian di kedua-dua negara terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu seramai 25 wakil delegasi Nutriwealth mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Nafas baru-baru ini sebagai hubungan dua hala dan sebagai lawatan balas pihaknya susulan penyertaan wakil Nafas ke sebuah forum di Filipina pada November tahun lalu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain