Kejayaan itu membolehkan dia muncul juara keseluruhan pertandingan dengan menewaskan 250 peserta lain, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Naib juara Muhammad Abdullah Selamat, 21, yang berjaya menangkap ikan keli seberat 4.36 kg menerima wang tunai sebanyak RM2,000 manakala tempat ketiga menjadi milik Zainal Khalid, 44, dengan tangkapan ikan patin seberat 4.27 kg.

Sementara Zainal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan ketiga-tiga pemenang turut menerima satu set joran dan mesin.

Pertandingan memancing anjuran bersama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2 Parlimen Setiawangsa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang masuk tahun kelima itu disempurnakan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari. - UTUSAN ONLINE