NOORIZAH ABD. HAMID

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pengalaman dan pengetahuan luas Noorizah diharap memberi sumbangan besar terutama dalam bidang pembangunan infrastruktur kepada MRT Corp.

“Latar belakang dan pengalaman beliau menjawat jawatan kanannya terdahulu amat bernilai sejajar dengan matlamat syarikat untuk bergerak maju membangunkan rangkaian perkhidmatan MRT di Lembah Klang,” katanya dalm kenyataan di sini hari ini.

Sepanjang bersama PLUS sejak 2007, penglibatan Noorizah dalam penswastaan PLUS Expressway Berhad antara kejayaan besarnya menstrukturkan semula syarikat dan menaikkan RM309.6 bilion daripada sukuk iaitu terbitan bon Islam terbesar dunia.

Pernah menyandang jawatan Pengurus Besar Kanan Kewangan PLUS, jawatan terdahulunya adalah Pengurus Kanan Hatibudi Management Sdn. Bhd., Pengurus Kewangan Korporat Renong Berhad dan Pegawai Kewangan Kanan Korporat Permodalan Nasional Berhad.

Memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Pengurusan) dari University of Central Michigan, Amerika Syarikat, beliau juga graduan Diploma Perakaunan Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara). - UTUSAN ONLINE