Sambutan bermula pada pukul 8.30 pagi itu me-rangkumi tiga acara utama antaranya, tarian kecergasan oleh pakar tarian Bollywood, Kirenjit Singh bertujuan mengajak orang ramai beriadah secara sihat diikuti dengan ceramah yang mengupas dua topik penting tentang kesihatan buah pinggang iaitu pengenalan kepada batu karang dan ubat-ubatan.

Turut ditawarkan kepada pengunjung ujian saringan indeks jisim badan, tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta perkhidmatan kaunseling kesihatan percuma.-UTUSAN ONLINE