Setiausaha Agung Perkata, Adzly Ab. Manas berkata, kekecewaan tersebut ekoran bencana kebakaran yang berlaku serentak di kawa­san itu pada Selasa lalu.

“Kami merasakan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mele-takkan harga premium tanah terlalu tinggi iaitu mengikut harga pasaran semasa tapak tanah bomba itu yang bayaran premiumnya dituntut mencapai lebih RM1.2 juta adalah tidak adil kepada rakyat.

“Apa yang berlaku ketika kebakaran serentak di dua tempat sama iaitu di kilang NSK kawasan perindustrian Sungai Buloh dan tujuh buah kedai di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh dapat dielakkan jika pihak bomba de­ngan aset jentera yang mencukupi dapat tiba segera di tempat kejadian,” katanya dalam ke­­nyataan di sini.

Menurut Adzly, pihaknya men­desak Azmin mengurangkan dan menyelesaikan isu premium tanah bomba di kawasan terbabit dengan segera.

“Isu premium ta­nah adalah kuasa kerajaan negeri se­perti termaktub dalam Kanun Ta-nah Negara dan ‘Selangor Land Rules’,” katanya.