Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Naik pengangkutan awam saksi pembukaan KL2017

PARA peminat sukan yang menyaksikan acara pembukaan temasya KL2017
PARA peminat sukan yang menyaksikan acara pembukaan temasya KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok disaran menggunakan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan LRT dan bas Rapid KL. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Para peminat sukan yang menyaksikan acara pembukaan temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok disaran menggunakan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas Rapid KL.

Sebagai penyedia pengangkutan awam rasmi KL 2017, Rapid KL yang mengendalikan operasi Mass Rapid Transit (MRT), LRT, monorel, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas henti-henti sekitar Lembah Klang mengatur pelbagai inisiatif bagi memastikan keselesaan orang ramai berkunjung ke stadium itu bagi memeriahkan acara pembukaan rasmi temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan, Rapid KL menyarankan orang ramai menaiki tren LRT Laluan Sri Petaling dan turun di Stesen LRT Bukit Jalil yang mempunyai laluan pejalan kaki berbumbung dari stesen ke stadium berkenaan.

“Laluan LRT Sri Petaling berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya di Putra Heights dan Masjid Jamek. Laluan LRT Ampang yang berhubung Laluan LRT Sri Petaling di Chan Sow Lin pula berintegrasi dengan MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang di Stesen Maluri untuk terus ke Bukit Jalil.

“Laluan LRT Sri Petaling juga mempunyai stesen sambungan dengan KTM Komuter Laluan Seremban di Stesen Bandar Tasik Selatan, juga dihubungkan dengan Terminal Bersepadu Selatan yang mempunyai kompleks parkir bertingkat yang selesa,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai boleh meletakkan kenderaan di Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak dan LRT Ampang dan beberapa stesen-stesen utama lain bagi menggunakan perkhidmatan LRT ke Kompleks Sukan Bukit Jalil.

“Stesen LRT Bukit Jalil akan dibuka sehingga 1 pagi. Walaupun stesen-stesen lain sudah ditutup ketika itu, laluan keluar di semua stesen LRT, MRT, monorel dan BRT-Laluan Sunway akan dibuka untuk para penumpang keluar,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, alternatif lain yang disediakan Rapid KL untuk datang ke majlis pembukaan temasya sukan berkenaan adalah perkhidmatan bas khas.

“Di bawah perkhidmatan khas sempena dengan majlis berkenaan, Rapid KL menyediakan perkhidmatan ekspres dari tujuh lokasi dengan harga tambang RM3 dan RM5 untuk sehala.

“Lokasi bas berkenaan, termasuk Terminal Jalan Reko di Kajang, Ampang Point, Greenwood Gombak, Hentian Bandar Shah Alam, Hentian Bas Menara Berkembar Petronas (KLCC), Platform C Pasar Seni dan hadapan NU Sentral di KL Sentral,” katanya.

Tambah kenyataan itu, operasi untuk masa pergi adalah antara pukul 5 petang dan 8 malam dan perkhidmatan untuk masa pulang antara pukul 10.30 malam hingga 1 pagi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain