Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

My Town pusat beli belah baharu

PENGARAH Urusan Kumpulan Boustead Holding Berhad, Tan Sri Lodin 4
PENGARAH Urusan Kumpulan Boustead Holding Berhad, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (empat dari kiri), Pengarah Urusan Ikea Asia Tenggara, Christian Rojkjaer (tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat yang lain bergambar selepas merasmikan Pusat Beli Belah My Town di Jalan Cochrane, Cheras di sini, baru-baru ini. UTUSAN/Farid Janudin

BELUM sempat meninjau secara keseluruhan pusat beli belah, Sunway Velo City di Taman Maluri, Cheras, di sini, yang baru dibuka kurang lima bulan lalu, ada pula pembukaan pusat beli belah baharu yang lain, iaitu My Town, di kawasan berdekatan di Jalan Cochrane, yang mula beroperasi Khamis lepas.

Utusan Kota difahamkan, pusat beli belah itu antara yang terbesar di ibu negara meliputi seluar 1.6 juta kaki persegi jika digabungkan dengan gedung perabot dari Sweden, IKEA.

Bagaimanapun, menariknya pusat ini kerana reka bentuk yang dibina adalah bercirikan pembangunan jangka masa panjang dilengkapi dengan kelestarian indek pembangunan hijau (GBI) dan persijilan kepimpinan rekabentuk tenaga dan alam sekitar (LEED).

Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holding Berhad, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, pusat itu dilihat sesuai dijadikan pusat beli belah perdana yang pertama di negara serta menjadi tempat perjumpaan dan tumpuan warga kota.

“Selain kedai makanan, minuman dan sektor peruncitan, pusat beli belah ini turut menyediakan kemudahan lain termasuk taman di luar bangunan untuk dijadikan kawasan permainan kasut roda dan papan luncur yang menjadi kegilaan remaja masa kini,” katanya di sini hari ini.

Pusat beli belah tersebut telah dibuka kepada umum dan akan beroperasi bermula pukul 10 pagi hingga 10.30 malam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain