MMC-Gamuda KVMRT dalam satu kenyataan berkata, penyusunan trafik melibatkan lorong paling kiri di kedua laluan hala ke Sungai Buloh dan Kepong serta lorong paling kanan di kedua arah tersebut

Katanya, penutupan bermula dari Kilometer (KM) 47 hingga KM52 itu dilaksanakan secara berperingkat bagi setiap 500 meter.

“Penutupan itu bagi tempoh bermula pukul 10 malam sehingga pukul 6 pagi bagi hari bekerja (Isnin - Jumaat), manakala pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) akan dilanjutkan hingga pukul 8 pagi,” menurut kenyataan itu.

Turut terlibat penutupan di susur kiri daripada Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP) ke Jalan Kuala Selangor bermula pukul 10 malam hingga 6 pagi bagi tempoh sebulan bermula Khamis ini. - UTUSAN ONLINE