Pengarah Komunikasi Stra­te­gik dan Hubungan Pihak Ber­ke­pentingan MRT, Datuk Naj­mud­din Abdullah berkata, empat ka­wasan di Lembah Klang akan di­pilih sebagai lokasi pertama ba­gi pembinaan tersebut dengan meng­gunakan empat mesin pe­ngorek terowong (TBM).

“Empat TBM tersebut iaitu dua TBM akan dilancarkan di kawasan Titiwangsa menghala ke Hospital Kuala Lumpur manakala dua lagi TBM dari stesen Bandar Malaysia Utara menuju ke stesen Chan Sow Lin.

“Ia melibatkan jarak sepanjang 13.5 kilometer dan seterusnya ba­gi lokasi lain kita akan gunakan lagi TBM menjadikan jumlah ke­ seluruhan adalah 12 TBM.

“Oleh itu, setiap daripada pro­ses dan peringkat pembinaan ter­sebut akan dikongsikan dan diuar-uarkan bersama dengan rak­yat Malaysia,” katanya ketika ber­ucap dalam Majlis Iftar MRT ber­sama media di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir memeriahkan maj­lis tahunan tersebut yang bertujuan mengeratkan hubungan si­laturrahim antara kakitangan MRT dan pengamal media.

Najmuddin berkata, pada ketika ini, tahap pembinaan MRT untuk laluan SSP itu sudah mencapai 7.5 peratus siap dan berjalan mengikut jadual.

Dalam perkembangan sama, be­liau turut mengumumkan pro­­jek MRT fasa kedua laluan Sungai-Buloh-Kajang (SBk) siap sepenuhnya pada bulan Julai dan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ramai yang tertunggu-tunggu laluan ini dibuka sepenuhnya. Apabila dibuka nanti, mereka yang tinggal di Lembah Klang boleh mula menggunakan MRT ini sehingga ke Kajang,” katanya.