Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MRT- SBK lonjak jumlah pengunjung

Catat kira-kira 4,000 orang sehari melawat Muzium Negara

PENGGUNA MRT  tidak melepaskan peluang bergambar di hadapan Muzium 7
PENGGUNA MRT tidak melepaskan peluang bergambar di hadapan Muzium Negara. UTUSAN/GAIE UCHEL.

Deruan laju perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT-SBK) sejak mula beroperasi sepenuhnya pada Julai lalu memperlihatkan tempias pengaruh­nya merebak pada bangunan iko-nik Muzium Negara.

Tinjauan Utusan Malaysia sekitar Muzium Negara terma-suk Stesen MRT bawah tanahnya mendapati pengunjung tempatan tidak putus-putus tiba di platform dan menuju ke arah Pintu B menghala ke Muzium Negara.

Seorang pengunjung Ramizah Mohd. Radzi, 27, berkata, pe­ngangkutan awam itu kini memberi keadilan sewajarnya kepada destinasi penting pelancongan negara itu apabila menyediakan akses secara terus kepada pengunjung.

Katanya, ini secara tidak langsung boleh mempromosikan produk warisan negara serta koleksi sejarah peradaban untuk tatapan ilmu sama ada kepada pelancong luar mahupun tempatan.

“Pekarangan sekitar muzium kini lebih cantik dan indah ter­utama sekali tangga pejalan kaki berhadapan Jalan Damansara yang menjadi akses utama kepa­da pengguna MRT,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Seorang lagi pengunjung, Lee Thoh Sim, 61, berkata, pembinaan stesen MRT berhampiran destinasi pelancongan seperti Muzium Negara lebih memudahkan orang ramai terutama pelancong asing.

“Kemudahan bertaraf dunia ini adalah sesuatu yang perlu kita banggakan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Mu-zium Negara, Azmi Ismail berkata, jumlah pengunjung menunjukkan peningkatan berganda berbanding sebelum MRT bero-perasi terutama dalam kalangan pengunjung tempatan .

Menurutnya, kemudahan itu sebagai bukti kecemerlangan kerajaan menyediakan pengangkutana awam yang efisien kepada masyarakat.

Berdasarkan statistik yang direkodkan Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 2016 purata sehari pengunjung ke Muzium Negara adalah kira-kira 2,000.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain