MMC-Gamuda KVMRT dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara selama lapan jam di Jalan Damansara itu bermula pukul 10 malam hingga pukul 6 pagi dalam tempoh seminggu.

Katanya, laluan yang terlibat sepanjang 300 meter berhadapan dengan Muzium Negara itu boleh diakses dengan pembukaan satu lorong bagi kedua-dua arah trafik semasa penutupan malam itu.

“Sementara itu, penutupan Jalan Sultan Ismail selama sehari bermula pukul 7 pagi esok sehingga pukul 4 petang melibatkan kerja-kerja perparitan sepanjang 30 meter (dari Restoran McDonalds hingga Hong Leong Bank).

“Dua laluan menghala Jalan Raja Chulan dan Jalan Ampang akan dibuka seperti biasa dan sedikit halangan bagi laluan bas daripada Jalan Bukit Bintang ke Jalan Sultan Ismail pada lorong kiri jalan,” menurut kenyataan itu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE