Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, antara syarikat yang berjaya adalah WCT Berhad, Ahmad Zaki Sdn. Bhd, Apex Communication Sdn. Bhd. serta Acre Works Sdn. Bhd.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua petender dan mengalu-alukan beberapa syarikat yang sudah biasa dengan projek MRT Lembah Klang.

“Pemilihan tersebut dibuat berdasarkan penilaian tender terbaik yang mana tender telah dinilai berdasarkan penilaian teknikal, komersil, perundangan, kewangan dan penilaian Program Kerjasama Industri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE