Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategiknya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, kutipan sampah pukal akan dilakukan mengikut jadual kutipan sampah domestik di kawasan masing-masing tertakluk kepada permohonan.

“Penduduk diminta mengumpul dan meletakkan sampah pukal di hadapan rumah pada tempoh tersebut bagi memudahkan kontraktor MPSJ mengutip sampah secara berperingkat-peringkat.

“Perkhidmatan ini juga akan diperluaskan ke kawasan penginapan pangsapuri dan kondominium pada hari Sabtu dan Ahad bergantung kepada permohonan penduduk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azfarizal, perkhidmatan kutipan sampah pukal hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan pihak MPSJ tidak akan melaksanakan sebarang kutipan selepas tamat tempoh yang dinyatakan.

Orang ramai khususnya penduduk di bawah kawasan pentadbiran MPSJ yang ingin membuat sebarang pertanyaan berhubung permohonan kutipan sampah pukal boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-80267433. - UTUSAN ONLINE