Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd. Zulkurnain Che Ali berkata, operasi itu membabitkan 34 unit kiosk di dua kawasan iaitu Taman Puchong Permai dan Taman Puchong Perdana.

Katanya, tindakan itu dijalankan ekoran sikap peniaga yang gagal mematuhi syarat sewaan selain menyebabkan pelbagai masalah terutama melibatkan isu kebersihan.

“Ada peniaga yang membina struktur tambahan dan menjadikannya gerai terbuka. Keadaan ini sudah lari dari konsep asal yang mana premis sepatutnya berada dalam keadaan tertutup.

“Keadaan kiosk yang terbuka itu menyebabkan keadaan sekitar menjadi kotor kerana ada yang meninggalkan barang-barang perniagaan di situ.

“Tiindakan yang diambil pula adalah untuk memastikan keadaan kiosk kembali kepada asal,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi yang disertai oleh kira-kira 50 anggota itu.

Mohd. Zulkarnain berkata, pihaknya pada 20 Mac lalu mengeluarkan Notis Amaran Awal kepada semua penyewa kiosk namun masih tidak dipatuhi.

Operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - UTUSAN ONLINE