Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, IGPOS merupakan kaedah pembayaran kompaun trafik secara langsung dengan menggunakan kad kredit atau debit sejak 2016 di seluruh kawasan pentadbiran MPSJ.

“Pelaksanaan perkhidmatan pembayaran ini merupakan inovasi perkhidmatan MPSJ yang bertujuan memberi kemudahan kepada ‘orang kena kompaun’ (OKK) membuat bayar tanpa perlu hadir ke ibu pejabat MPSJ.

“Sistem ini juga menunjukkan ketelusan MPSJ dalam pengendalian pengurusan pembayaran kompaun trafik seterusnya meningkatkan integriti anggota penguat kuasa kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azfarizal berkata, prosedur bagi membuat pembayaran menggunakan sistem itu bukan sahaja lebih mudah bahkan pengemaskinian data pembayaran juga dibuat secara terus.

“Berdasarkan statistik sepanjang 2018, MPSJ telah berjaya mengumpul sebanyak RM21,410 (1135 transaksi) bagi pembayaran menggunakan sistem IGPOS di lokasi,” katanya. - UTUSAN ONLINE