Timbalan Yang Dipertua MPSJ berkata, ini selepas pihak berkuasa tempatan itu melancarkan Portal E-Borong dan Program GO2 Bantu ‘Sales’ Kekal Masyuk Lepas Raya semasa Karnival Seminar Bazar Ramadan MPSJ 2019 di Dewan Serbaguna MPSJ, Taman Puchong Indah, baru-baru ini.

“Penganjuran program bertujuan memberikan penerangan kepada para peniaga mengenai peraturan yang perlu dipatuhi oleh para peniaga bazar Ramadan serta mengumumkan dasar-dasar terbaru pihak MPSJ,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Sepanjang program pelbagai aktiviti diadakan antaranya seminar dan taklimat berkaitan bazar ramadan serta booth jualan produk.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud.-UTUSAN ONLINE