Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, kerja-kerja naik taraf dan pengindahan lorong belakang yang menelan belanja sebanyak RM300,000 itu dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi.

“Program ini merupakan usaha MPSJ dalam menangani isu di lorong belakang kawasan komersial melalui penyertaan awam melibatkan Ahli Majlis MPSJ, pemilik dan penyewa premis, Sunway Property dan The One Academy.

“Kerja-kerja tersebut melibatkan pemasangan jubin lantai, mengecat semula lorong belakang bangunan dan lukisan mural. Selain itu, projek ini bertujuan memastikan longkang dalam keadaan bersih dan memudahkan kontraktor melakukan pembersihan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja-kerja naik taraf di kawasan tersebut hari ini.

Tambah Noraini, beliau berharap projek tersebut akan mendatangkan impak positif kepada penduduk dan persekitaran. - UTUSAN ONLINE