Timbalan Pengarah Korporat MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, operasi agihan bantuan air bersih yang memasuki hari kedua itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang menyediakan kemudahan tangki air.

Katanya, pengagihan yang melibatkan kawasan perumahan bertingkat itu meliputi SS19, Bandar Kinrara, Pinggiran Subang dan Bandar Puchong Jaya turut disertai Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Zulkurnain Che Ali bersama 17 anggota Pantas MPSJ, lima kakitangan MPSJ serta dua wakil kakitangan MDKS.

“Operasi pengagihan air pada hari pertama semalam pula melibatkan kawasan perumahan sekitar SS17, SS18, Taman Kinrara 5, Jalan Merak dan Pangsapuri Sri Enggang di Bandar Kinrara di sini,” katanya melalui satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE