MPSJ dalam satu kenyataan memberitahu, usaha itu diharap dapat membantu pihaknya mencapai visi Bandaraya Hijau menjelang 2030.

“Program tersebut dihadiri oleh wakil Pihak Berkuasa Tempatan sekitar negeri Selangor, pegawai-pegawai jabatan teknikal dalaman MPSJ, wakil-wakil pemaju dan arkitek.

“Dalam program ini para peserta diberi pendedahan pelbagai ilmu berkaitan teknologi hijau melalui ceramah yang disampaikan oleh Pengurus Construction Research Institute Of Malaysia, Esmaria Ismail,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE