Operasi yang berlangsung kira-kira tiga jam bermula pukul 8.30 malam itu melibatkan 46 anggota penguat kuasa MPS.

Menurut Ketua operasi tersebut, Datuk Juhari Ahmad, kedua-dua premis itu didapati beroperasi tanpa lesen dan pernah diserbu sebelum ini.

“Walaupun pernah diserbu dan disita malah pada Sabtu lalu pihaknya telah mengenakan kompuan sebanyak RM25,000 pada premis berkenaan namun ia tetap berdegil meneruskan operasi perniagaan.

“Kami akan meneruskan operasi ini secara konsisten dan pemantauan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa agar perniagaan tanpa lesen ini dapat dikawal sekali gus memastikan mereka mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.