Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MPS, Muhammad Suhaimi Rosli berkata, operasi tersebut dijalankan selepas beberapa notis dikeluarkan selaras Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) menyebabkan kacau ganggu.

Katanya, operasi yang dijalankan awal pagi itu tidak melibatkan sitaan lembu selepas kedua-dua pemilik akur dan memindahkan kesemua haiwan ternakan.

“Aduan dan makluman orang ramai sejak akhir tahun lalu berhubung kehadiran lembu dalam kawasan perumahan penduduk telah menyebabkan kacau ganggu. Status tapak kandang juga merupakan tanah yang diceroboh.

“Berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 mana-mana kawasan di bawah pentadbiran MPS (yang dahulunya Majlis Daerah Gombak) adalah menjadi kawasan larangan memelihara lembu dan kerbau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE