JAWAPAN: Untuk makluman, MPS telah mengenakan cukai terhadap pemilik gerai kekal dan bukannya penjaja pasar malam. Sebanyak sembilan buah gerai teres yang dibina JKKK Kampung Sungai Buloh dan enam gerai milik individu beroperasi di kawasan tersebut sejak 2007. Tindakan MPS untuk melaksanakan tindakan ini kerana kami menerima permohonan dari salah satu pemilik gerai yang memohon cukai taksiran supaya permohonan lesen perniagaan dapat dibuat.

Tindakan ini juga untuk memastikan perkhidmatan perbandaran seperti pengurusan sampah yang teratur dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan. Mengenai penguatkuasaan serta perbezaan nilai cukai yang dikenakan, cukai taksiran dan nilaian ke atas peniaga ini adalah selari dengan peruntukan undang-undang bahagian XV (Kadar dan Nilaian) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

MPS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan ini berdasarkan undang-undang dan kuasa yang diberi kepada MPS sebagai pihak berkuasa tempatan.

MOHAMAD ZIN MASOAD

Pengarah Jabatan Korporat MPS