Program dengan kerjasama Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) dan Kelab MITI itu turut melibatkan 60 pelajar dan guru sekolah terbabit.

Ketua Setiausaha MITI, Datuk Seri J. Jayasiri berkata, pemilihan sekolah berkenaan sebagai lokasi program adalah bertepatan dengan saranan untuk merakyatkan warga MITI oleh Menteri Perdagangan dan Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Selain itu terdapat dua pegawai MITI yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut terlibat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik mereka.

“Melalui program ini juga warga MITI dapat merasai dan menghayati kehidupan pelajar-pelajar orang kurang upaya (OKU) dan juga mempromosi peranan dan aktiviti MITI secara berterusan melalui CSR dengan pihak sekolah apabila diperlukan,” katanya.

Antara pengisian unik dalam program ini adalah Perasmian Sudut Anti Dadah di mana poster khas tulisan braille disediakan untuk bacaan pelajar, Happy Drumming iaitu aktiviti Intervensi Psikologi melalui muzik dan inovasi-menjadikan muzik sebagai medium bagi aktiviti-aktiviti psikologi dan kaunseling serta permainan GOLBALL iaitu sukan untuk orang cacat penglihatan.

MITI antara kementerian awal yang menyahut seruan kerajaan untuk mengambil OKU berkhidmat di sektor kerajaan dengan lima orang Pegawai OKU (0.7%) iaitu kementerian yang tertinggi untuk mencapai sasaran satu peratusd yang ditetapkan kerajaan.