Rosni Anas
Rosni Anas

Tinjauan Utusan Malaysia sepanjang stesen dari Muzium Negara hingga ke Kajang baru-baru ini mendapati kebanjiran penumpang dalam kalangan warga emas juga diluar jangkaan malah boleh dikatakan seperti perjum­paan ‘jejak kasih’.

Salah seorang warga emas, Rosni Anas, 63, berkata, kesempatan diambil untuk ‘makan angin’ dari hujung ke hujung laluan SBK bagi menikmati sendiri pengalaman mencuba fasiliti baharu bertaraf dunia tersebut.

Katanya, dia turut mengambil kesempatan tempoh promosi potongan tambang separuh harga yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“Lebih-lebih lagi war­ga emas dan golongan kurang upaya (OKU) menikmati potongan har­ga sehingga 75 peratus,” katanya.

Sementara itu Salwa Mohd. Ghazali, 54, berkata, fasiliti yang mesra warga emas dan OKU yang ditawarkan menjadi faktor utama kepadanya untuk merasai pe­ngalaman sama seperti orang lain.

Bagi Thoh Soo Chin, 62, pula berkata, apabila kemudahan MRT ini siap dan dibuka kepada orang ramai, tentu sekali dialah yang paling gembira.

Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan jumlah pengguna perkhidmatan MRT terkini mencatatkan kira-kira 157,742 penumpang setakat semalam. Jumlah ini menunjukkan pe-ningkatan hampir 41,000 pengguna pada cuti hujung minggu berbanding hari Jumaat lalu iaitu 115, 765 orang.