Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Menjamu selera sambil hayati seni di kafe Hiks

AHMAD MARZUKI MAHADI (kiri bawah) dan isteri beliau, Rabiatul 3
AHMAD MARZUKI MAHADI (kiri bawah) dan isteri beliau, Rabiatul Adawiyah Abd. Rahman, 30 bersama kakitangan menunjukkan hidangan yang disediakan di kafe mereka. - UTUSAN ONLINE/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

KAFE berkonsepkan galeri seni. Itulah keunikan yang cuba diketengahkan Kafe Hiks bagi menonjolkan satu kelainan kepada para pelanggannya yang datang untuk menjamu selera.

Biarpun konsep itu agak janggal berbanding kafe lain, ia tidak menghalang hasrat pemiliknya, Ahmad Marzuki Mahadi, 31, merealisasikan impian membuka sebuah galeri untuk mempamerkan hasil seninya selain menjamu pelanggan dengan hidangan ala barat dan timur yang diubah suai.

Kafe yang terletak di Jalan Kerambit 3, Bandar Baru Sungai Udang, Melaka ini boleh dikategorikan sebagai antara lokasi baharu wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja jika ke Melaka lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai minat dalam bidang seni.

Dibuka setiap hari kecuali Rabu dari pukul 11 pagi hingga 3 petang (makan tengah hari) dan 6 petang hingga 11 malam (makan malam), kafe ini amat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga, pelajar, remaja dan golongan bekerja kerana ia menyediakan ruang yang luas, selesa serta menenangkan.

Ahmad Marzuki berkata, kafe yang diusahakan bersama isterinya, Rabiatul Adawiyah Abd. Rahman, 30, itu dibuka kepada umum pada pertengahan Disember lalu selepas kedua-dua mereka mengambil keputusan berhenti daripada kerja asal masing-masing untuk mencuba sesuatu cabaran baharu.

Jelasnya yang merupakan bekas pereka kreatif manakala isterinya bekas pembantu peribadi di Kuala Lumpur, mereka tidak mempunyai sebarang asas ilmu perniagaan namun nekad mencuba sesuatu kelainan selepas timbul idea membuka kafe yang dalam masa sama membolehkan dia meneruskan minat dalam bidang seni kreatif.

"Hampir enam bulan kami membuat perancangan rapi sehinggalah impian itu dapat diterjemahkan dengan pembukaan kafe ini pada penghujung tahun lalu yang hampir 100 peratus dihias, direka dan disusun hiasan dalamannya oleh kami sendiri," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ahmad Marzuki yang juga pelukis serta pelukis buku Sesembang memberitahu, Kafe Hiks menawarkan lebih 10 jenis makanan dengan konsep ala barat yang digabungkan dengan elemen ketimuran bagi menyesuaikan ia mengikut selera pelanggan.

"Empat menu wajib dicuba di kafe ini ialah Tom Yam Carbonara, Lontong Carbonara, Mozarella Fish & Chip serta Beef Patty Burger yang dijual pada harga RM14 hingga RM18 di mana setiap hidangan disertakan satu sos istimewa yang diubah suai sendiri bagi memberi kelainan kepada selera pelanggan," ujarnya.

Selain itu, kami turut menawarkan tiga pakej set makan tengah hari berharga RM12 dengan pilihan masakan lauk ayam atau ikan masam manis, lada hitam dan butter cream termasuk nasi, sayur, sambal belacan dan segelas air panas atau sejuk (teh o, teh o limau, lemon).

"Bagi minuman pula, kami memperkenalkan menu istimewa Lima Bersaudara iaitu Tuah (blackcurrant, lemon, soda, laici), Jebat (blackcurrant, strawberi, soda, laici), Kasturi (epal hijau, limau kasturi, asam boi), Lekir (laici, soda, mint) dan Lekiu (kiwi, soda, mint, biji selasih) yang hanya berharga RM6 segelas," tambahnya.

Katanya lagi, dia turut merancang untuk menjadikan kafe itu sebagai hab seni bagi membolehkan bakat-bakat tempatan termasuk nyanyian, muzik, bahasa, lukisan dan sebagainya dapat diketengahkan melalui pentas yang disediakan.

Mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kafe Hiks boleh melayari laman Facebook Hiks dan instgram @kafehiks atau menghubungi 06-3500312. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain